Skip to main content

TIPS TRAVEL SOLO KE KOREA

Ramai yang request pada saya untuk tips travel solo ke Korea ni kan, jadi saya akan kongsi beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda melancong seorang diri ke Korea.


1. Dapat restu parents / penjaga
Bagi saya, perkara ini penting untuk keberkatan perjalanan kita. Kita nak ke negara orang, pergi jauh dari family dan nak pergi seorang pula tu kan, jadi eloklah kiranya kita dapatkan keberkatan dulu. Andai kata parents hangpa larang, hangpa takpayah la nak gatai buat ketegaq nak pi jugak takut apa-apa jadi nanti menyesal tak sudah.

2. Belajar basic bahasa Korea
Macam mana saya boleh berjalan seorang diri dengan yakin? Sebab saya cakap dekat hati, takpe atleast kalau saya sesat, saya boleh baca tulisan Korea and saya boleh bercakap bahasa Korea. Kalau korang ada basic bahasa ini, dah tak jadi masalah nak berjalan seorang. TAPI, siapa cakap tak reti cakap bahasa Korea tak boleh pergi Korea? Boleh boleh, tiada masalah sebab signboard ada jer tulisan English, and kawasan perlancongan biasanya diorang masih boleh berbahasa Inggeris. Paling2 nasib tak baik, jadi ayam dengan itik bercakap. Tapi kita zaman teknologi ni, google translate kan ada. Gunakan dengan sebaiknya..huhu. 

3. Perlu ke sewa wifi/ beli simkad?
Pada saya benda ni penting walaupun jaringan internet di Korea sangat mengagumkan, tapi kadang susah jugak nak connect dengan public wifi nak2 pulak kita nak cepat or nak tgk maps time jalan ke kan. So, pastikan anda ada internet okey, bagi memastikan perjalanan anda lebih lancar. Tapi kalau anda sejenis tak nak habiskan duit untuk benda ni, takpe,tiada masalah cumanya sebelum korang nak keluar berjalan tu, kalau boleh dah tau macam mana cara nak pergi ketempat yang dituju sebab actually ada hari yang saya berjalan satu hari dengan menggunakan public wifi. Alhamdulillah boleh survive.

4. Pakaian sesuai dengan musim
Ni rasa semua dah maklumkan. Kalau datang winter jangan lah bawak baju yang senipis baju pagoda unless ketahanan korang tinggi. Sediakan segala kelengkapan selengkapnya. Korang boleh google untuk dapatkan tips2 pakaian mengikut musim. Kenapa benda ni penting? Ingat , korang jalan sorang2 ni, takde baju ke takde ape ke hangpa kene survive sendiri. takde orang nak tolong.

5. Travel insurans
ok. Benda ini tak wajib, tapi please la amik. Malang tak berbau, macam2 boleh jadi. Tiba2 eksiden ke, sakit ker, meninggal ke.. Macam saya, luggage pecah pon boleh claim tau. Seronok kan dapat duit balik.

6. Research tempat nak pergi

Kawasan- kawasan perlancongan di Seoul ni senang jer nak pergi. By subway or bus comfirm sampai. Jadi mohon korang senaraikan tempat nak pergi tu subway line berapa, transfer dekat mane, dah sampai station pon pastikan exit mana. kalau naik bas pon sama, pastikan nombor bas betul. Senaraikan siap. suka hati lah nak list dalam phone or buku, yang penting listkan. Kenapa penting? untuk elakkan korang tersesat. dan Korang juga boleh install apps Subway Korea dalam korang punya phone ya bagi memudahkan perjalanan anda.




7. Tripod & Monopod dll

ok ni adalah perkara yang tak begitu penting, tapi penting untuk saya. kita dah pergi melancong mesti nak bergambar kan dekat tempat2 yang lawa tu kan, tapi korang tengah jalan sorang2. Jadinya benda ini penting la. Gambar. Bawak la DSLR, gopro n segala yg boleh bawak (selagi tak berat beg). Saya mula2 segan jugak selfie sorang2 pakai monopod, tapi kalau malu rugi la takde gambar.. 





ok. iklan sekejap, siapa yang memerlukan perkhidmatan photographer di Seoul, boleh contact Amir Kamil Photography. Boleh search di facebook mahupun instagram:https://instagram.com/amirkamilphotography?utm_source=ig_profile_share&igshid=199hbf5v4oon3 dan korang akan dapat gambar yang sangat cantik. Tak tipu puas hati, and service tiptop






8. Bajet yang mencukupi
Pastikan bawak duit yang mencukupi bagi mengelakkan anda mengemis di Korea. Kalau boleh elakkan withdraw duit dekat mesin ATM sini, sebab caj dia kadang tak boleh bawak bincang, dari kaya boleh miskin.



*For those yang tak tau, dekat KL ada Korea Tourism Organisation yang mana kalau korang ada isi form Discover Korea korang boleh dapat booklet diskaun banyak tempat menarik di Korea beserta percuma T-money.  https://www.visitkorea.com.my/


Orang ramai tanya, selamat ke nak berjalan malam2 sorang2 dekat Korea. Kalau saya, saya akan jawab, korang selamat. Tapi ingat, malang tak berbau. Sentiasa alert dengan kawasan sekeliling, jangan leka sangat nak2 kalau bertembung dengan orang mabuk. Setakat saya jalan seorang diri siang mahupun malam saya masih selamat la. Yang nak tau pasal makanan halal, tempat saya pergi dan anggaran bajet pada next post ya.

ps: Tips-tips yang diberikan berdasarkan pengalaman dan pendapat saya sahaja. Anda berhak untuk setuju dan tidak bersetuju dengan pendapat saya.

Comments

  1. wah bestnya baca jalan2 korea...teringin nak pergi jugak lepas2 covid ni nnti...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KOREA: BUKAN LAGI MIMPI PART 1

ITU BUKAN MIMPI Aku cerita kat sini perjalanan Korea aku jadinya siapa yang dah tau cerita boleh la cerita dekat yang lain. Sebab ramai yang tanya and ramai pelik kenapa aku tak banyak bergambar dekat sana. Disebabkan ade banyak sangat cerita yang aku nak detailkan setiap kejadian aku buat 3 part .. Siapa nak baca dialukan, yang tak larat nak baca panjang2 ,tak perlu baca. Disebalik tabir perjalanan nak kesana hanya orang yang terdekat je tau macam mana hidup aku huru hara sebab pergi tanpa dirancang and buat keputusan tetiba dan begitu nekad. Aku anggap semua ini macam pelaburan aku bila banyak duit habis kesana tapi tak setanding dengan mahalnya ilmu dan pengalaman yang aku dapat disana. PART 1 Sabtu 8 Oktober Satu hari dok memikir betul ke aku nak pergi Korea ni.. still rasa macam mimpi. Flight aku pukul 1 pagi so kena la bergerak awal ke KLIA2 . Nak beratur check in bagai semua buat aku blur2.. tak reti woii.. haha then settle semua, nak masuk tempat boarding ayah ak

KOREA BUKAN LAGI MIMPI PART 2

Alhamdulillah, sesuatu yang tak terjangka apabila ramai yang membaca blog saya dan dapat banyak permintaan untuk saya menyambung Part 2 cepat2. Saya tak tahu samada cerita perjalanan saya ini menarik atau tidak. Saya hanya meluahkan segala cerita dan pengalaman saya. Selamat membaca~ Gambar dibawah merupakan sesi dialog tertutup pada penghujung Halal Conference pada hari pertama. sesi dialog tertutup bersama Timbalan Menteri Agriculture Korea. Prof  Alina dijemput sebagai saintis Kementerian Sains Teknologi (MOSTI). Turut hadir ialah Duta Malaysia, Indonesia & Thailand. SELASA 12 OKTOBER Bangun pagi aku terus siap nak keluar sekejap. Morning walk giteww. Mintak izin Prof dulu nak keluar..hihi .Aku berjalan ikut suka hati aku jer tanpa hala tuju. Saja nak tengok daily life orang-orang Korea ni. Dengan suhu sejuk nya, indah sungguh perjalanan aku pagi tu. Lalu jalan besar tengok orang sibuk nak pergi kerja then nampak di sebalik lorong2 kecik macam ada kawasan perumahan,