Skip to main content

KOREA BUKAN LAGI MIMPI : PART 3 (FINALE

Akhirnya, sampai ke penghujung ceritera perjalanan aku di Korea. Hari ini hari terakhirku. Hari terakhir ni more about survival~


Image result

JUMAAT 15 OKTOBER 2016



Bangun awal pagi and get ready nak pergi Incheon Airport 

Image result



Kami bergerak ke airport menggunakan perkhidmatan yang disediakan pihak guesthouse dengan tambang yang lebih murah berbanding menggunakan teksi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam untuk kesana. Sampai di airport, kami terus menuju ke tempat untuk Prof check in dan kemudiannya saya bersalaman dengan Prof dan saya akan meneruskan perjalanan hari ini untuk bersiar-siar di Seoul. 

Perjalanan saya bermula kembali dari airport dan kemudiannya ke Seoul Station. Di Seoul Station saya menggunakan  perkhidmatan meletakkan luggage dengan harga 3000W tetapi saya perlu mengambil beg tersebut sebelum Jam 7:50p.m . Tempat pertama yang saya akan pergi adalah SM Town di Coex yang terletak di Gangnam, walaupun lokasinya berhampiran sangat dengan tempat Halal Conference berlangsung, tapi saya tiada kesempatan untuk sampai ke situ. Ape tu SM Town? Kpopers pasti tahu~



Perjalanan saya menggunakan subway seperti biasa dan ya, saya berjalan sorang2. Sepanjang di dalam subway tu, saya boleh melihat budaya-budaya orang Korea yang kita tak pernah nampak di dalam mana-mana drama Korea. Sepanjang perjalanan juga terdapat ramai pelajar university yang menggunakan perkhidmatan awam tersebut bagi menuju ke u masing-masing.. Dan saya disitu dipandang sebagai manusia yang pelik sebab sorang yang pakai tudung jadinya setiap manusia yang masuk semua akan pandang dan tenung aku jadinya aku akan buat muka poyo dan cover cun walaupun tak selesa sebenarnya..

Sampai sahaja di subway yang menuju ke Coex, saya sebenarnya bukannya tahu jalan pon, just follow laluan orang ramai dan berpandukan papan tanda arah yang tidak pernah mengecewakan. One thing yg saya boleh bagi tips, kalau u olls nak travel ke Korea dengan bajet yang rendah, hangpa tak payah amik travel agency, korang boleh aci redah je jalan tapi dengan syarat hangpa google la dulu tempat hangpa nak pi tu tang mana, nnt senang la, dah tau nak turun subway mana, exit berapa. Korang boleh pergi banyak tempat dan tak terikat dengan sebarang jadual. Tapi kalau nak buat gini kalau korang yakin la.. Agak-agak banyak keraguan dalam diri baik elak menempah masalah. Ni just pendapat peribadi saya.

Image result
Peta subway Seoul. Sekali tengok macam pening, tapi sebenarnya senang je nak paham.

Ok. sambung cerita di Coex tadi, saya menuju la SM Town, ramai la gadis-gadis Kpopers kat luar tu and saya nak meroyan tak boleh la sebab sorang2 kan. Jadinya feeling2 fangirl tu simpan dalam hati jer sebab takde geng.huhu

Saya semata pergi sini sebab adik saya nak barang Exo. Masuk dalam tu pelbagai barangan Kpop dijual yang kalau saya ada duit saya dah beli jer semua. Tapi memandangkan diri ni tak la berduit sangat, jadinya ku kuburkan lah segala hasrat di hati. Saya dok la berulang alik naik kat setiap level SM Town ni sebab nak tunjuk gambar dekat adik barang ape yang die nak beli.

Dah dalam area pukul 12 tu saya pon dah nak mula pening sebab orang dah makin ramai jadinya mcm serabut pulak. 
Antara barangan yang dijual.:















Nasib saya agak baik, kebetulan time tu Amir Aisar cakap dia dah habis kelas jadinya kami dah janji nak berjumpa di Myeondong. Tapi sebelum tu dia nak solat jumaat dulu.siapa Amir ni? Ha, dia ni junior saya time saya sekolah di Smka Pedas dulu ( Smka Dato Hj Abu Hasan Hj Sail ).Time aku form 5 dia form 3 dan sekarang dia belajar di Inha University. Kitorang dulu sama2 PSS jadinya takdelah segan sangat nak mintak tolong dengan dia. Aku bergerak dari Gangnam dan terus ke Myeondong dan saya menunggu Amir di Exit 11. 

Nampak jer Amir dari jauh banyak kali aku fikir, betul ke ni Amir? HAHA. dah besar budak ni, dulu tgk kecik je lg.Halahai. First Amir bawak aku pergi makan,yeah,makan!! Ada orang belanja, suka la hati saya.




Sambil makan ni dok borak-borak dalam bahasa Melayu, jadinya kami komen pasal orang Korea ni macam mana pon depa bukan tahu pun kan.. Haha. Lepas makan kami menuju pulak ke Dongdaemun, sepanjang perjalanan menuju ke subway station, mmg lalu pelbagai macam kedai la dan tengok harga memang agak murah. Tapi sebab nya pergi Korea ni bukan bertujuan nak shopping sangat, jadi aku takdelah beli pebende. 

Apabila sampai di Dongdaemun, memang banyak sangat souvenior murah-murah, tapi disebabkan Amir yang bawak aku jalan, jadinya kami pergi ke kedai yang berkali ganda murah dan lebih menjimatkan. Maka aku belilah barang yang orang tempah halah beli benda biasa-biasa la, magnet, penanda buku, sudu n chopstik. Lepas tu Amir bawak kat tempat lain, tempat kerongsang! Cantik- cantik dan banyak sangat, kenapa aku tak pernah tau Korea ada jual kerongsang cantik-cantik. Tapi yang aku pelik, depa jual-jual tu orang Korea pakai ke kerongsang ? ~

Selepas beli segala barangan yang perlu dibeli, kami menuju ke Ewha Women University untuk bersolat. Masuk university diorang ni taklah ketat macam nak masuk Usim, haha.. hangpa masuk je.takde org nak halang. Turun-turun subway je dah rasa feeling university perempuan, haha..ramai perempuan area situ. Yang depa ni pon aku tak paham, sejuk2 tp pakai skirt, function giler jaket kau pakai.. haha tapi bila tanya Prof Sejong Cyber haritu dia cakap tu diorang punye pride. Lantak korang la hai~

Tapi tu la, tak banyak pulak gambar aku amik harini sebab nya fokus nak berjalan sampai patah kaki. Sebab lepasni  tak tau bila boleh smpai sini lagi. Area luar kawasan Ewha Women University ni ade kawasan yang sekali tengok kau dah tau Running Man pernah shooting kat situ. Haha.. Eksited sorang2 aku kat situ. 

Highlight of this university, that background



Selepas solat, dengan bantuan rakan Amir, kami bergerak ke Sinchon berjalan kaki . dekat je~. Kat Sinchon ni ada ramai orang berjalan, melepak, busking, buat persembahan. Kat sini macam meriah and hidup la malam dia .. Aku  kalau ikot hati nak jer lepak lama sikit dekat situ tapi mengenangkan beg aku dekat dalam loker kene pi amik. Jadinya selepas tu kami naik subway menuju ke Seoul Station.

Cerita dia, naik subway time ni macam kau tengah bersesak dekat LRT dekat KL sentral. Ramai orang baqhangg, mmg kene berhimpit dalam tu and time ni la kau boleh tengok perangai sebenar orang-orang Korea secara live depan mata. Huhu. Sampai Seoul Station satu hal jugak, mane ntah tempat letak bag tadi, jenuh jugak la dok pusing2. Kesian betul Amir time ni. Maafkan akk yer.. Dah jumpa tempat beg tu settle satu hal, lepas tu dok pikir, jap lagi ni beg ni nak bawak ke, kami nak berjalan lagi ni.. Beg takyah cite la berat die guane. Berat yang boleh merosakkan emosi. Tak payah risau, setiap masalah ada penyelesaian, kami cari loker yang boleh letak beg ni dan tanya orang kaunter and akhirnya jumpa jugak.


Image result
Sumber: Google

Loker die lebih kurang gini la rupenye. Ni ha nak bagitau, dia tak pakai kunci, dia pakai thumbprint, ha kau canggih sangat. Harga ? Harga sama je dengan tempat letak beg tadi 3000w jer tapi takde tempoh masa. Kalau aku tahu benda ni wujud dari awal, tak payah la aku kelam kabut berjalan nak kejar masa. Rilek rilek jer baru lah nikmat nak berjalan. So sekarang, kemanakah kita? 

Destinasi seterusnya adalah Gyeongbokgung Palace!! Amir menunaikan impian aku nak pergi situ. Aku bukannya apa, dah la time ni demam Love in The Moonlight, pastu demam Scarler Heart lagi, aku dah berjiwa historical jadinya sangat teruja la nak merasa istana kat sana and kebetulan time aku pergi Palace ni buka time malam, biasa tak buka. Tapi time ni, both of us kaki dah macam nak tercabut, haha..kepenatan mula menyerang dengan kawasan istana yang besar kemain.





Satu benda yang kau kena terima hakikat adalah, bila kau nak sangat pergi time malam, gambar jadinya tak berapa lawa lah, tak nampak! Golap bonar. Halahaiii. Jalan, and tengok persembahan, tengok orang-orang Korea ni bergambar posing bagai dengan pakai hangbok nye dan kami mula mencari tempat duduk. Tak larat dah.. <emoji nangis>

Jadinya, kami ambik keputusan balik je la, otw nak ke pintu keluar aku nampak sesuatu yang mengujakan aku bila biasanya aku tengok dalam drama jer tapi rupanya mmg berlaku kat sini.

Perhatikan betul2 gambar tersebut. Pakwe dia gendong awek die..haha. Ku fikir tu hanya di dalam drama



Kami berjalan aci redah jer,  sampai hampir sesat tapi akhirnya jumpa jugak subway station. Aku bukannya kisah kalau sesat pon, syok jer berjalan tapi kaki dah tak bagi kerjasama, dia dah letih sangat. Naik turun tangga dah macam satu kesiksaan. Lenguh sangat kaki. Sampai Seoul station, kami makan dulu then amik beg kemudian tiba masa untuk say bye2 to Amir and Seoul... <sedih ha, nak balik dah> . Aku nak suruh Amir teman sampai airport karang kesian pulak budak tu, nnt nak balik rumah sewa takde bas dah tgh2 malam. 

Maka kembali kepada pengembaaan solo saya, naik train ke Incheon Airport. Perjalanan sejam tu tertidur jugak la aku dalam train. Sampai airport cari port nak tidur time ni dah pukul 12 tau, so orang mmg tak ramai dekat airport. Aku cari tempat yang agak tersorok sikit walaupon tak tersorok sangat and dengan ada cctv atas tu aku macam yakin aku akan selamat jer duduk situ. Tinggal barang jap n mintak ade Korean yang duduk berhampiran suruh tengokkan and aku pun pergilah ke toilet tukar baju. Satu hari berjalan kan. 

Settle semua, barang pon dah kemas maka terbaring lah aku kat situ kepenatan dan menunggu flight pagi esok. Tidur pon bukan lah lena sangat, tak selesa, kejap2 jaga, tidur tempat open kan, sorang2 pulak tu.

SABTU 16 OKTOBER 2016

Paginya tu aku ada la bersembang dengan orang-orang Malaysia yang nak balik Malaysia jugak, and kitorang pon check in same2. Ada hikmah tau aku berkenalan dengan akk dua orang ni. Time nak masuk dalam, kami kena tahan sebab beg berat, jadinya depa suruh kami check in bag. Maka berlakulah proses penyusunan barang2, hg bawak aku punya ,aku bawak hg punya, brg hg kite campur dalam beg ni, dan kami kongsi  la duit utk bayar duit checkin bag. Nasib baik ada duit lebih dalam dompet. Klau tak, aku sendiri tak tau ape jadi dengan aku.

Membina rakan baru dimana mana.Itu saya.



Dah masuk dalam lega la..tunggu die panggil naik jer, time ni aku dok flashback ape yang aku buat sepanjang minggu, dan aku tak kecewa walaupun tak berjalan sgt sebabnya tujuan aku pergi bukan nak melancong tapi untuk kutip ilmu dalam peluang yang diberikan. 

Say bye2 to Korea, Till we meet again~






PENGHARGAAN

FAMILY
IBU : AYAH : ABANG : ADIK

Support dari segi kewangan ofkos,masing2 berkorban, parents yang bagi restu aku nak pergi sana dan menyokong tindakan aku. Adik aku yang stress tgk aku berfikir nak pergi ke tak and dengar luahan hati aku,cerita benda yang sama.samada  nak pergi ke tak. Abang yang sudi sponsor utk passport dan banyak lagi. Mereka lah tulang belakang aku.

KAWAN
Kawan-kawan ramai yang membantu:

-- Huda, Sya, Lisa roommate yang sentiasa tengok aku serabut sebelum aku nak pergi Korea
-- Mizah and I-know yang merelakan aku pergi Korea dulu, sebab we olls dah plan nak pergi sana sama2 nanti
-- Sadut , Nabil and rakan-rakan lain yang bagi pendapat patut atau tak aku pergi
-- Anis azhani yang tolong survey kan flight, tempahkan flight
-- eQa sam yang sudi bagi pinjam jaket. Kerana eQa aku saving tak payah beli jaket dah
-- Asha yang teman aku pergi Korea Tourism Organisation semata mata sbb aku nak redeem T-Money and amik peta
-- Fashe yang sudi bagi pinjam Sjcam 


dan tidak dilupakan juga kepada pensyarah saya, Prof Dr Alina dan suami beliau, En Syam yg memberi saya peluang ini yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini.

Jawapan kepada semua yang bertanya  macam mana saya boleh pergi dengan Prof adalah :-
Bukan nak riak, bukan nak takbur tapi kesungguhan diri aku sendiri bila mana aku tau apa yang aku nak dan aku approach Prof untuk minta pendapat sehingga tiba-tiba dibukakan jalan untuk pergi menghadiri Halal Conference dan berfikir di level antarabangsa, Cita-cita aku adalah untuk menjadi Halal Eksekutif di Korea dan aku ambil kelas bahasa Korea di KL dan aku berusaha ke arah itu. Sebab aku tahu apa aku nak.

Kalau nak diikutkan, duit pun aku takde nak pergi Korea dan perancangan nak pergi Korea tidak pernah ada untuk tahun ni, Tapi Allah sebaik perancang dan Allah juga yang memberi rezeki. Alhamdulillah perjalanan saya untuk ke Korea sentiasa di permudahkan...

Terima kasih semua kerana sudi membaca hingga ke akhirnya, dan doakan saya dapat mencapai apa yang saya nak.

-  afiQah mazlan


Comments

  1. Alhamdulillah.... Tamat sudah... 😭😭😭😭...tapi tak pe, pengalaman berharga yang sangat indah... Semoga Allah memakbulkan impian akak seperti di atas... #allahu

    ReplyDelete
  2. bestnya baca cerita awak. harap awak boleh teruskan dengan cerita2 mcm ni :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS TRAVEL SOLO KE KOREA

Ramai yang request pada saya untuk tips travel solo ke Korea ni kan, jadi saya akan kongsi beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda melancong seorang diri ke Korea. 1. Dapat restu parents / penjaga Bagi saya, perkara ini penting untuk keberkatan perjalanan kita. Kita nak ke negara orang, pergi jauh dari family dan nak pergi seorang pula tu kan, jadi eloklah kiranya kita dapatkan keberkatan dulu. Andai kata parents hangpa larang, hangpa takpayah la nak gatai buat ketegaq nak pi jugak takut apa-apa jadi nanti menyesal tak sudah. 2. Belajar basic bahasa Korea Macam mana saya boleh berjalan seorang diri dengan yakin? Sebab saya cakap dekat hati, takpe atleast kalau saya sesat, saya boleh baca tulisan Korea and saya boleh bercakap bahasa Korea. Kalau korang ada basic bahasa ini, dah tak jadi masalah nak berjalan seorang. TAPI, siapa cakap tak reti cakap bahasa Korea tak boleh pergi Korea? Boleh boleh, tiada masalah sebab signboard ada jer tulisan English, and kaw

KOREA: BUKAN LAGI MIMPI PART 1

ITU BUKAN MIMPI Aku cerita kat sini perjalanan Korea aku jadinya siapa yang dah tau cerita boleh la cerita dekat yang lain. Sebab ramai yang tanya and ramai pelik kenapa aku tak banyak bergambar dekat sana. Disebabkan ade banyak sangat cerita yang aku nak detailkan setiap kejadian aku buat 3 part .. Siapa nak baca dialukan, yang tak larat nak baca panjang2 ,tak perlu baca. Disebalik tabir perjalanan nak kesana hanya orang yang terdekat je tau macam mana hidup aku huru hara sebab pergi tanpa dirancang and buat keputusan tetiba dan begitu nekad. Aku anggap semua ini macam pelaburan aku bila banyak duit habis kesana tapi tak setanding dengan mahalnya ilmu dan pengalaman yang aku dapat disana. PART 1 Sabtu 8 Oktober Satu hari dok memikir betul ke aku nak pergi Korea ni.. still rasa macam mimpi. Flight aku pukul 1 pagi so kena la bergerak awal ke KLIA2 . Nak beratur check in bagai semua buat aku blur2.. tak reti woii.. haha then settle semua, nak masuk tempat boarding ayah ak

KOREA BUKAN LAGI MIMPI PART 2

Alhamdulillah, sesuatu yang tak terjangka apabila ramai yang membaca blog saya dan dapat banyak permintaan untuk saya menyambung Part 2 cepat2. Saya tak tahu samada cerita perjalanan saya ini menarik atau tidak. Saya hanya meluahkan segala cerita dan pengalaman saya. Selamat membaca~ Gambar dibawah merupakan sesi dialog tertutup pada penghujung Halal Conference pada hari pertama. sesi dialog tertutup bersama Timbalan Menteri Agriculture Korea. Prof  Alina dijemput sebagai saintis Kementerian Sains Teknologi (MOSTI). Turut hadir ialah Duta Malaysia, Indonesia & Thailand. SELASA 12 OKTOBER Bangun pagi aku terus siap nak keluar sekejap. Morning walk giteww. Mintak izin Prof dulu nak keluar..hihi .Aku berjalan ikut suka hati aku jer tanpa hala tuju. Saja nak tengok daily life orang-orang Korea ni. Dengan suhu sejuk nya, indah sungguh perjalanan aku pagi tu. Lalu jalan besar tengok orang sibuk nak pergi kerja then nampak di sebalik lorong2 kecik macam ada kawasan perumahan,