ITU BUKAN MIMPI
Aku cerita kat sini perjalanan Korea
aku jadinya siapa yang dah tau cerita boleh la cerita dekat yang lain. Sebab
ramai yang tanya and ramai pelik kenapa aku tak banyak bergambar dekat sana.
Disebabkan ade banyak sangat cerita yang aku nak detailkan setiap kejadian aku
buat 3 part .. Siapa nak baca dialukan, yang tak larat nak baca panjang2 ,tak
perlu baca.
Disebalik tabir perjalanan nak
kesana hanya orang yang terdekat je tau macam mana hidup aku huru hara sebab
pergi tanpa dirancang and buat keputusan tetiba dan begitu nekad. Aku anggap
semua ini macam pelaburan aku bila banyak duit habis kesana tapi tak setanding
dengan mahalnya ilmu dan pengalaman yang aku dapat disana.
PART 1
Sabtu 8 Oktober
Satu hari dok memikir betul ke aku
nak pergi Korea ni.. still rasa macam mimpi. Flight aku pukul 1 pagi so kena la
bergerak awal ke KLIA2 . Nak beratur check in bagai semua buat aku blur2.. tak
reti woii.. haha then settle semua, nak masuk tempat boarding ayah aku teman
sampai dekat dalam sbb ayah kerja KLIA, so time ni lega lagi lah. Dah masuk
dalam ayah tuggu kejap aku suruh ayah balik sebab kesian dekat family aku yg
kat luar sana tunggu lame, tengah malam pulak tu. Being alone make me think a
lot of things. Berdebar. Sangat.
Naik je flight aku dapat sit tepi
tingkap,hee..suke sangat. Bermulalah perjalanan 6 jam 30 minit ke Korea dan
sepanjang perjalanan tu pon aku still rasa tu semua mimpi.. berapa kali bangun
tidur still tak percaya aku dah ade dalam flight.
Ahad
9 Oktober
Sampai Incheon Airport dalam pukul 8
pagi, terus cari wifi free dkt airport. Dapat je connect wifi whatsapp dr Prof
Alina pon masuk, the moment she told me they already left from airport dgn yg
lain n she told me to go to Hotel by myself and aku terus blank otak. Fyi, aku
dan Prof naik airlines yg berbeza, Camne ye nak pergi Gangnam dari airport ni
??? dah la first time sampai sane, alone pulak tu .tapi dengan umur gini takkan
nak menangis pulak kene tinggal kan. Luckly I met with Malaysian girl, Kak Ain
dekat toilet then dia cakap follow la dia sampai Seoul Station. Dari Seoul
Station maka bermulalah pengembaraan solo ku ke hotel. Fortunately I dah khatam
and faham peta subway diorang, jadinye I don’t have problem la nak kene change line bagai. Being
alone dgn beg besarnye, dengan seorang je manusia yg pakai tudung dalam subway
tu semua org nak pandang2. Sampai je Gangnam, keluar subway then tanya ahjumma
ni Imperial Palace Hotel kat mane and berjalan sikit je dah nampak hotel.
Finally I did it! Bangga dengan diri sendiri ~ Waktu I sampai sane tu Prof dan
yang lain-lain pergi lunch dekat Itaewon and solat di Masjid Itaewon.
dalam Train AREX dari Incheon Airport ke Seoul Station |
Lunch Prof Alina , I terlepas, tak sempat merasa Samgyetang |
![]() |
Imperial Palace Hotel, Gangnam. gambar sumber Google |
Pergi ke
reception mintak kunci and terus naik atas. Hotel sponsored tau..sebab tu
merasa mewah sebentar . Masuk bilik Hotel terus gi mandi, busuk sangat dah
rasa. Tak lama lepas tu Prof balik hotel maka barulah saya berjumpa dengan
Prof.
Bilik we alls, yes saya sebilik degan Prof~ |
Gambar dari tingkap bilik hotel |
Petang tu terus meeting dengan Prof
Lee, Pensyarah Sejong University dekat lobby hotel then habis meeting terus nak
pergi dinner and time tu la first time jumpa dengan Bella . Dengan siapa aku
dinner? Ha nak habaq, bukan calang-calang orang tau mereka ni. Mereka tersebut
adalah :
-
Dr
Sirajuddin, Director Halal Hub Division JAKIM
-
Mr.
Othman, Chairman of Nestle Halal Committee
-
Mr.
Ahmad Inzuddin, Advisor Halal international Selangor
-
Dr.
Azrul Anaz, Director Islamic Tourism Centre
-
En.
Shaiful, Admin Officer Research & Training Division, Islamic Tourism Centre
Kami dinner di Korean Restaurant di
Hakdong dan menunya ialah seasoned thistle with rice and soup. Waktu dinner
barulah aku bersembang dengan Bella dalam bahasa Korea. Ofkos la Korean suke
sangat bile kita cakap bahasa diorang. Tak rugi la aku tengok drama Korea and
ambik kelas bahasa Korea.
Selesai dinner kami berjumpa dengan Dr Noh dan Mr Kim
and having sembang warung kopi dekat Starbuck sebelah hotel. Duduk semeja
dengan orang-orang hebat ini macam2 isu Halal di peringkat antarabangsa aku
dapat. Satu pengalaman baru. Habis mereka berbincang kami pun balik hotel dan
tidur~
ISNIN 10 OKTOBER
Good morning! Walaupun still
mengantuk tapi jangan layan perasaan tu. Rugi la kalau datang Korea tapi tidur
je..bukan boleh datang selalu kan. Prof Alina suruh sarapan dekat hotel and aku
ni bukannya biasa nak makan2 kat hotel ni. Otw nak turun hotel tu cari kamera
Sjcam, tapi tak jumpa jadinya aku syak tertinggal dekat Starbuck. Tanya girls
yang kerja situ, tp dia mcm tak paham pulak English, maka aku gunalah bahasa
Korea barulah dia paham tapi malangnya kamera takde ni. Naik bilik cari dekat
dalam backpack plak. Cis, ade je dalam tu. Saja nak bagi aku bersembang dengan
orang Korea pagi-pagi. Dah jumpa maka saya terus mengorak langkah nak pi
sarapan. Tak reti nak pilih ape,elok dok tengok makanan yang terhidang tetiba nampak ham. Kah. Hilang selera I. Terus amik buah je~
Habis jer sarapan, siap2 nak pergi
Coex tempat conference berlangsung and lunch disana. Di Coex tu kami makan di
Turkish Halal Restaurant. Lupa nak habaq, makan pon dapat sponsor tau.
Alhamdulillah rezeki.
Habis makan we all pon pergi ke surau utk solat then
lepas solat terus masuk dewan conference tu.
Surau di Coex~ |
Eh kejap! Conference ape pulak yg
aku pergi ni kan. Aku attend Korea International Halal Confrence 2016. This
conference adalah tujuan utama aku menjejak kaki di Korea ni secara tiba-tiba.
Terasa kerdil kat situ . Seriously. Perbentangan dimulakan dengan Dr
Sirajuddin. One thing yg orang kena
tahu, orang Korea ni sangat respect dengan JAKIM tau tapi malangnya orang Malaysia pulak yang
memmperlekehkan JAKIM. Conference habis
pada hari pertama agak lewat sebab orang-orang Korea ni bagus, banyak soalan
mereka tanya tentang Halal ni. Nampak tau perasaan ingin tau mereka.
Timbalan Menteri Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs of the Republic of Korea |
Dari Coex kami bergerak terus untuk
dinner di Soodam Korean Restaurant and having Korean Traditional Course Dinner. Time dinner we all sembang pasal culture negara Korea. Perkongsian dari Dr. Noh.
Seusai dinner terus balik hotel dan tidur~ Penat baqhang walaupun tak berjalan ke mana pon..
to be continue~
Wah.. Best nya kak piko... ��������... Mane sambungan...
ReplyDeleteotw ~
Delete