Skip to main content

KOREA BUKAN LAGI MIMPI PART 2

Alhamdulillah, sesuatu yang tak terjangka apabila ramai yang membaca blog saya dan dapat banyak permintaan untuk saya menyambung Part 2 cepat2. Saya tak tahu samada cerita perjalanan saya ini menarik atau tidak. Saya hanya meluahkan segala cerita dan pengalaman saya. Selamat membaca~

Gambar dibawah merupakan sesi dialog tertutup pada penghujung Halal Conference pada hari pertama.
sesi dialog tertutup bersama Timbalan Menteri Agriculture Korea. Prof  Alina dijemput sebagai saintis Kementerian Sains Teknologi (MOSTI). Turut hadir ialah Duta Malaysia, Indonesia & Thailand.



SELASA 12 OKTOBER
Bangun pagi aku terus siap nak keluar sekejap. Morning walk giteww. Mintak izin Prof dulu nak keluar..hihi .Aku berjalan ikut suka hati aku jer tanpa hala tuju. Saja nak tengok daily life orang-orang Korea ni. Dengan suhu sejuk nya, indah sungguh perjalanan aku pagi tu. Lalu jalan besar tengok orang sibuk nak pergi kerja then nampak di sebalik lorong2 kecik macam ada kawasan perumahan, Aku amik keputusan masuk lorong kecik, maka nampak la rumah-rumah yg macam drama tu, kedai2 kecik comey, lalu taman ade ahjusshi tgh bersenam, lalu sekolah dengar suara diorang main dekat padang, ade budak kecik nak pergi tadika. Best weyy tak tipu, Macam dalam drama sangat~Best sgt sampai tak sedar  satu gambar pun aku tak amik. Haha. 

Puas berjalan then cari jalan balik hotel and get ready nak pergi Coex. Second day Conference. Hari ni Prof Alina bentang. Pagi ni kami bergerak tanpa yag lain sebab mereka ada urusan lain dengan KMF. Ye la, Dr Sirajuddin kot,semua org nak jumpa dengan beliau.

Hari ni Bella dan Michelle iring kami. Lupa nak bagitau siapa depa berdua ni. Mereka adalah orang daripada Korea Institute of Halal Industry (KIHI) 


Bella . Saya . Michelle

Dan hari ni juga berjumpa dengan orang baru di lobby hotel iaitu Dr Winai Dahlan dari Thailand yang juga akan present di Halal Conference pada hari ini. Sape Dr Winai ni?  Dr Winai ni kalau korang Google nama beliau memang akan keluar . Beliau adalah Founder Director of the Halal Science Center Chulalongkorn University. Beliau juga merupakan antara dalam senarai 500 Most Influencial Muslim.

Kami bergerak dari hotel terus ke Coex untuk lunch di restoran Turkey. Tgh2 lunch tu kami menerima kunjungan dari Imam Masjid Itaewon , Imam Abdul Rahman. Pergh, ingat senang nak dapat makan semeja dengan orang-orang hebat camni. 

Dr Winai duduk bersebelahan dengan Prof Dr Alina
 Dari kiri : Prof Dr Alina , Imam Abdul Rahman , Dr. Winai Dahlan
International sangat lunch aku.  Menikmati hidangan Turkey bersama orang-orang hebat dari Malaysia, Thailand dan Korea

Aku dan Prof Dr Alina bergerak awal untuk naik ke surau sebab Prof Dr Alina first presenter hari ni. Sebelum masuk ke Hall aku bersembang dengan Bella dan Michelle ofkos la bersembang dalam bahasa Korea kan dan suddenly ade seorang lagi girls approach and asked me” How are you today?” and Bella terus cakap dekat girls ni yang aku boleh cakap bahasa Korea, terus girls ni cakap Korea dengan aku.. haha. Aku tak tau la cmna aku punya keyakinan terhadap bahasa Korea lagi tinggi dari bahasa Arab. Hurm, kene improve kan diri, balance kan and mane boleh berat sebelah kan~


Berada dekat tempat2 cmtu first time untuk aku tengok  masing-masing bertukar tukar business kad sampai aku sekali dapat business kad diorang. Sebelum perbentangan bermula masing-masing berkenalan antara satu sama lain. Mereka dari pelbagai company dan dari pelbagai sektor. Ade scientist, ade petani, ada pengusaha restoran. Ha! Nampak tak ramai yang berminat tentang Halal ni.




Prof Dr Alina membentangkan tajuk:
 Halal Testing Technology and Element of Shariah for Industries' Acceptance : Challenge & Opportunities
Otai bidang halal Thailand membentangkan dalam keadaan yang begitu santai


Kemudian, conference berterusan dengan perbentangan dari pihak Korea pula iaitu dari Korea Food Research Institute ( KFRI ). Conference habis awal harini and satu perkara yang mengujakan aku bila majlis ni tamat ialah pihak penganjur ni kemas Hall ni dalam sekelip mata. Pantas. Tuntas. Efisien. Biskut -biskut yang depa sedia dekat belakang aku baru nak amik simpan nak bawak balik depa dah kemas habis licin. Banner, papan tanda conference pon depa dah cabut. Bahan-bahan pameran pon depa dah packing habis.

Antara bahan pameran..



Sementara menunggu Prof Alina dan yang lain-lain saya, Bella dan Michelle selfie dulu-an~


Ha.. habes conference macam biasa la, nak pi mana lagi dinner la pulak kan. Kami menuju ke Myeondong untuk dinner. Dinner malam ni meriah. Semua ada dan hidangan malam ni adalah bibimbab. Aumm.. Sedapnya


Suasana di restoran

Sebelum menjamu selera, Pakcik Ceo ni tanya aku dah pernah makan ke bibimbab and aku cakap la belum and memang nak try makan . huhu.. maka bersantaplah kami sehingga kekenyangan. 






Selesai makan kami sempat selfie beramai-ramai sebelum beredar dari Myeondong. Dapat la aku merasa dan melihat Myeondong pada waktu malam, nak berjalan kat situ mmg tak sempat la cerita dia. Kita bergerak dengan orang, kita kene ikut la depa. Then kami pun terus menuju pulang ke hotel. Balik hotel Prof Lee pula cuba atur meeting dengan Dr Winai. Dari sini aku nampak orang yang terlibat dalam industry Halal ini takkan lepaskan peluang yang ada bila orang hebat dalam industry ni ada sana. Mereka cuba sedaya upaya untuk duduk semeja dengan mereka. 


suasana malam di Myeondong




Balik bilik dan mula packing barang. Esok kami kene  checkout hotel dah. Sedih pula rasa nak tinggalkan hotel yang mewah tu. Dah biasa setiap kali turun bawah mesti oppa oppa yang kerja tu senyum and tunduk. Esok kami akan check in di guesthouse yang dicadangkan Prof sebab kat situ nnt rakan2 foodbio akan duduk utk program Lawatan Antarabangsa mereka.

RABU 13 OKTOBER 2016
Kami bersiap awal pagi ni sebab Prof Lee akan menjemput kami dan menghantar kami ke guesthouse. Eksited la aku sebab dapat merasa berjalan dekat Seoul naik kereta dan dapat melihat etika mereka di atas jalanraya. 



Kami pada mulanya sampai di guesthouse yang salah sebabnya nama sama tapi one advantage we all tau tentang kewujudan guesthouse tersebut incase la kalau nak try stay kat situ. Then terus cari lagi and finally jumpa jugak walaupun mcm amik masa sikit sebab lokasinya agak tersembunyi tapi nice sebab dekat kawasan perumahan diorang. Memang hakak suka sangat la. Guesthouse die comel2 jer kecik tapi serba lengkap.Nama guesthouse tersebut adalah Hostel Korea. Disebabkan kami sampai awal, kami tak boleh check in lagi maka letak jer beg dulu di bilik yang disediakan di sebelah pejabat. Kemudian kemanakah kami? Kami bergerak ke Itaewon sebab Prof Lee nak berjumpa dengan Dr Winai yang sedang berada di sana. Parking kereta berhampiran masjid tapi saya tak sempat nak bergambar mahupun masuk ke dalam masjid tersebut.


Berada di Itaewon tak rasa macam kat Korea sangat pada pendapat aku sebab kau akan nampak ramai orang Malaysia. Tapi kat sini yang senang nya nak cari restoran makanan halal~Setelah dapat mengesan kedudukan Dr Winai, kami pun menuju ke lokasi beliau berada.


Dr Winai sedang memilih buku yang ingin dibeli





Kemudiannya kami bermeeting la di Restoran Turkey~ Tersampai la hajat Prof Lee nak berjumpa dengan Dr Winai.







Seusai bermeeting dan berpuas hati kami pon bergegas perlu beredar dan Dr Winai akan pulang ke Thailand malam ni. Prof Lee menghantar Dr Winai dan orang-orangnya ke hotel manakala saya dan Prof Alina pulang ke guesthouse menaiki teksi diiringi rakan Prof Lee . Yeah, merasa la aku naik teksi Korea pulak. Duit tambang ditanggung penuh oleh rakan Prof Lee. Sampai di guesthouse checkin and letak barang. Berehat kejap jer then petang tu kami berdua decide nak cari makan. Hari ni tak makan berat lagi. Jalan- jalan di deretan kedai berhampiran guesthouse tgk kedai-kedai makan kami mcm loya tak lalu nak makan. Dengan hanya berbekalkan buah yang kami beli di kedai tadi dengan Maggie yang ada maka, itulah makanan kami harini.






 Lepak santai bersama Prof di bilik dan kemudiannya Prof Alina maklumkan yang sebentar lagi Prof Lee nak datang amik dan bawa ke Imperial Palace Hotel sebab beliau nak berjumpa dengan Dr Sirajuddin pula. Ye, meeting lagi. Jadinya harap hangpa nampak la ye saya ke sana bukan niat untuk melancong pon. Saya pergi bertujuan dan untuk amik pengalaman yang mahal ni yang bukan semua orang boleh dapat.




Selesai bermeeting dan kedua-dua pihak dapat apa yang cuba disampaikan dan mencapai objektif. Kemudian kami bergerak balik ke guesthouse. Sampai di guesthouse kami pon perlukan rehat. Esok ade urusan lagi .



KHAMIS 14 OKTOBER 2016
Awal pagi kami lagi kami dah bersiap. Prof Alina ada urusan dengan pihak Sejong University mengenai lawatan Antarabangsa pelajar foodbio nnt dan Prof Lee seperti biasa masih setia menjemput kami dan memudahkan urusan kami. Sampai di Sejong University aku tersangatlah eksited sebab rasa macam dalam drama..haha. dan bila masuk pulak aku nampak ramai student yang sibuk dengan urusan mereka. First kami menuju ke Coffee Shop. Korea dan kopi berpisah tiada. Prof Lee belanja la ofkos. Rezeki kan, orang belanja sokmo. Then kami terus ke Faculty Food Science dan bermulalah meeting Prof Alina.



Selesai bermeeting kami bergerak ke café di Sejong University kerana Prof Lee mengajak kami untuk lunch bersama tapi both of us decide tak nak makan atas faktor tertentu dan kemudiannya kami hanya makan salad dan buah serta beserta air.<tadi baru minum kopi secawan> .Minum lagi dan lagi.







Selepas Lunch Prof Lee dan rakan-rakannya bawa ke coffee shop. Lagi? Ya, coffee shop pagi tadi tu and belanja Hot Chocolate pula. Minum lagi sehingga kau merasakan kau memerlukan toilet dan toilet memerlukan kau. Aku takda masalah dengan dengan toilet diorang sebab sentiasa bersih tak pernah lagi jumpa kotor, tapi tu la..takde paip kan. Hakak mane la biasa diknon oii. Pakai istinjak jer bukan uruf kita kan, tu yang mcm tak selesa. Dari coffee shop kami pun  bergerak ke University Sejong Cyber sebab disitu ada surau. Selepas menghantar kami di situ kemudiannya kami berpisah la dengan Prof Lee dan yang lain kerana mereka ada meeting lain pula.


Kawasan sekitar Sejong University






Surau yang terdapat di Sejong Cyber University


Seusai solat, kami masih ada banyak waktu dan Prof tanya nak pergi mana saya sendiri tak tau nak pergi mana sebab tak plan kan. Jadinya macam blur la otak ni. Kami amik keputusan untuk balik ke guesthouse dulu dan kemudiannya baru merancang mahu kemana. Tapi biasa la,lain yang kita rancang lain yang jadinya. Sampai di guesthouse berehat sebentar dan apabila Prof Alina buka jer laptop beliau maka dengan ini beliau tidak akan berganjak lah dan akan melakukan kerja-kerjanya. Jadi, dengan itu saya mintak izin Prof nak keluar berjalan. Nak pergi keluar naik subway nak pergi jalan takut balik lewat maka saya amik keputusan untuk sekadar bersiar-siar di kawasan sekitar. Berjalan sepanjang kedai beli baju sepasang dan berjalan lagi dan patah balik. Sebenarnya itupun dah memuaskan hati aku sebabnya memang menjadi angan-angan aku untuk berjalan pada waktu malam di Korea untuk sekadar mengambil angin. Kemudian balik ke guesthouse dan malam masih muda, baru pukul 8 tapi sebab kat sana gelap awal kan, rasa mcm dah lewat malam jer. Jadinye keluar lagi and amik angin dan tengok suasana sekitarnya. Because tonight will be my last night here. Aku kena menggunakan masa sebaiknya.






Balik dari night walk, saya dan Prof bersembang sembang dan berkongsi cerita setelah selesai mengemas barang dan beg kami. Kemudiannya  saya mandi dan bersiap nak tidur dengan dah naik katil dah pakai stoking and suddenly Dr Baek from Ewha Women University cakap nak datang and berjumpa juga dengan Prof Alina. Both of them bersembang la dalam bilik kami then suddenly, Dr Baek ajak bersembang di Namsan Tower. Aku rasa macam kepenatan aku hilang bila dengar ajakan dia tu. Walaupun pada mulanya Prof Alina hanya prefer bersembang disitu jer tapi mungkin disebabkan kesungguhan Dr Baek, kami pun bersiap untuk keluar. Yeay naik kereta lagi..haha Sampai di kaki bukit untuk ke Namsan tu, jalan dah tutup sebab dah tengah malam, jadinya kami hanya bersiar-siar di sekitar Seoul. Dalam satu malam banyak tempat aku lalu. Lalu je la..tak singgah tapi jadi la tu. Nnt orang tanya aku boleh cakap aku dah pergi..haha.





Balik guesthouse memang confirm la penat. Balik tidur terus.Setiap malam mesti aku yang tidur dulu dari Prof, konon mcm lg penat dari Prof..haha.Ok, tidur ya. Esok nak bangun awal hantar Prof pergi airport. Prof balik Malaysia esok. Tapi aku balik hari Sabtu.. Ha.. Aku  buat ape hari Jumaat tu tanpa Prof dekat Korea??? Nantikan Part 3
To be continue…

*maaflah dah lama tak mengarang,penulisan agak teruk . Kejap guna “saya”, kejap guna  “aku”

Comments

  1. Wah... Sangat menarik... Banyak ilmu dan pengalaman serta keseronokan yang dapat... X sabar nak tunggu part berikutnya... #allahu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS TRAVEL SOLO KE KOREA

Ramai yang request pada saya untuk tips travel solo ke Korea ni kan, jadi saya akan kongsi beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda melancong seorang diri ke Korea. 1. Dapat restu parents / penjaga Bagi saya, perkara ini penting untuk keberkatan perjalanan kita. Kita nak ke negara orang, pergi jauh dari family dan nak pergi seorang pula tu kan, jadi eloklah kiranya kita dapatkan keberkatan dulu. Andai kata parents hangpa larang, hangpa takpayah la nak gatai buat ketegaq nak pi jugak takut apa-apa jadi nanti menyesal tak sudah. 2. Belajar basic bahasa Korea Macam mana saya boleh berjalan seorang diri dengan yakin? Sebab saya cakap dekat hati, takpe atleast kalau saya sesat, saya boleh baca tulisan Korea and saya boleh bercakap bahasa Korea. Kalau korang ada basic bahasa ini, dah tak jadi masalah nak berjalan seorang. TAPI, siapa cakap tak reti cakap bahasa Korea tak boleh pergi Korea? Boleh boleh, tiada masalah sebab signboard ada jer tulisan English, and kaw

KOREA: BUKAN LAGI MIMPI PART 1

ITU BUKAN MIMPI Aku cerita kat sini perjalanan Korea aku jadinya siapa yang dah tau cerita boleh la cerita dekat yang lain. Sebab ramai yang tanya and ramai pelik kenapa aku tak banyak bergambar dekat sana. Disebabkan ade banyak sangat cerita yang aku nak detailkan setiap kejadian aku buat 3 part .. Siapa nak baca dialukan, yang tak larat nak baca panjang2 ,tak perlu baca. Disebalik tabir perjalanan nak kesana hanya orang yang terdekat je tau macam mana hidup aku huru hara sebab pergi tanpa dirancang and buat keputusan tetiba dan begitu nekad. Aku anggap semua ini macam pelaburan aku bila banyak duit habis kesana tapi tak setanding dengan mahalnya ilmu dan pengalaman yang aku dapat disana. PART 1 Sabtu 8 Oktober Satu hari dok memikir betul ke aku nak pergi Korea ni.. still rasa macam mimpi. Flight aku pukul 1 pagi so kena la bergerak awal ke KLIA2 . Nak beratur check in bagai semua buat aku blur2.. tak reti woii.. haha then settle semua, nak masuk tempat boarding ayah ak