Skip to main content

KOREA: BUKAN LAGI MIMPI PART 1

ITU BUKAN MIMPI


Aku cerita kat sini perjalanan Korea aku jadinya siapa yang dah tau cerita boleh la cerita dekat yang lain. Sebab ramai yang tanya and ramai pelik kenapa aku tak banyak bergambar dekat sana. Disebabkan ade banyak sangat cerita yang aku nak detailkan setiap kejadian aku buat 3 part .. Siapa nak baca dialukan, yang tak larat nak baca panjang2 ,tak perlu baca.
Disebalik tabir perjalanan nak kesana hanya orang yang terdekat je tau macam mana hidup aku huru hara sebab pergi tanpa dirancang and buat keputusan tetiba dan begitu nekad. Aku anggap semua ini macam pelaburan aku bila banyak duit habis kesana tapi tak setanding dengan mahalnya ilmu dan pengalaman yang aku dapat disana.

PART 1
Sabtu 8 Oktober
Satu hari dok memikir betul ke aku nak pergi Korea ni.. still rasa macam mimpi. Flight aku pukul 1 pagi so kena la bergerak awal ke KLIA2 . Nak beratur check in bagai semua buat aku blur2.. tak reti woii.. haha then settle semua, nak masuk tempat boarding ayah aku teman sampai dekat dalam sbb ayah kerja KLIA, so time ni lega lagi lah. Dah masuk dalam ayah tuggu kejap aku suruh ayah balik sebab kesian dekat family aku yg kat luar sana tunggu lame, tengah malam pulak tu. Being alone make me think a lot of things. Berdebar. Sangat.
Naik je flight aku dapat sit tepi tingkap,hee..suke sangat. Bermulalah perjalanan 6 jam 30 minit ke Korea dan sepanjang perjalanan tu pon aku still rasa tu semua mimpi.. berapa kali bangun tidur still tak percaya aku dah ade dalam flight.












Ahad  9 Oktober
Sampai Incheon Airport dalam pukul 8 pagi, terus cari wifi free dkt airport. Dapat je connect wifi whatsapp dr Prof Alina pon masuk, the moment she told me they already left from airport dgn yg lain n she told me to go to Hotel by myself and aku terus blank otak. Fyi, aku dan Prof naik airlines yg berbeza, Camne ye nak pergi Gangnam dari airport ni ??? dah la first time sampai sane, alone pulak tu .tapi dengan umur gini takkan nak menangis pulak kene tinggal kan. Luckly I met with Malaysian girl, Kak Ain dekat toilet then dia cakap follow la dia sampai Seoul Station. Dari Seoul Station maka bermulalah pengembaraan solo ku ke hotel. Fortunately I dah khatam and faham peta subway diorang, jadinye I don’t have  problem la nak kene change line bagai. Being alone dgn beg besarnye, dengan seorang je manusia yg pakai tudung dalam subway tu semua org nak pandang2. Sampai je Gangnam, keluar subway then tanya ahjumma ni Imperial Palace Hotel kat mane and berjalan sikit je dah nampak hotel. Finally I did it! Bangga dengan diri sendiri ~ Waktu I sampai sane tu Prof dan yang lain-lain pergi lunch dekat Itaewon and solat di Masjid Itaewon. 

dalam Train AREX dari Incheon Airport ke Seoul Station

Lunch Prof Alina , I terlepas, tak sempat merasa Samgyetang


Imperial Palace Hotel, Gangnam. gambar sumber Google

Pergi ke reception mintak kunci and terus naik atas. Hotel sponsored tau..sebab tu merasa mewah sebentar . Masuk bilik Hotel terus gi mandi, busuk sangat dah rasa. Tak lama lepas tu Prof balik hotel maka barulah saya berjumpa dengan Prof.

Bilik we alls, yes saya sebilik degan Prof~

Gambar dari tingkap bilik hotel

Petang tu terus meeting dengan Prof Lee, Pensyarah Sejong University dekat lobby hotel then habis meeting terus nak pergi dinner and time tu la first time jumpa dengan Bella . Dengan siapa aku dinner? Ha nak habaq, bukan calang-calang orang tau mereka ni. Mereka tersebut adalah :
-          Dr Sirajuddin, Director Halal Hub Division JAKIM
-          Mr. Othman, Chairman of Nestle Halal Committee
-          Mr. Ahmad Inzuddin, Advisor Halal international Selangor
-          Dr. Azrul Anaz, Director Islamic Tourism Centre
-          En. Shaiful, Admin Officer Research & Training Division, Islamic Tourism Centre
Kami dinner di Korean Restaurant di Hakdong dan menunya ialah seasoned thistle with rice and soup. Waktu dinner barulah aku bersembang dengan Bella dalam bahasa Korea. Ofkos la Korean suke sangat bile kita cakap bahasa diorang. Tak rugi la aku tengok drama Korea and ambik kelas bahasa Korea.










Selesai dinner kami berjumpa dengan Dr Noh dan Mr Kim and having sembang warung kopi dekat Starbuck sebelah hotel. Duduk semeja dengan orang-orang hebat ini macam2 isu Halal di peringkat antarabangsa aku dapat. Satu pengalaman baru. Habis mereka berbincang kami pun balik hotel dan tidur~










ISNIN 10 OKTOBER
Good morning! Walaupun still mengantuk tapi jangan layan perasaan tu. Rugi la kalau datang Korea tapi tidur je..bukan boleh datang selalu kan. Prof Alina suruh sarapan dekat hotel and aku ni bukannya biasa nak makan2 kat hotel ni. Otw nak turun hotel tu cari kamera Sjcam, tapi tak jumpa jadinya aku syak tertinggal dekat Starbuck. Tanya girls yang kerja situ, tp dia mcm tak paham pulak English, maka aku gunalah bahasa Korea barulah dia paham tapi malangnya kamera takde ni. Naik bilik cari dekat dalam backpack plak. Cis, ade je dalam tu. Saja nak bagi aku bersembang dengan orang Korea pagi-pagi. Dah jumpa maka saya terus mengorak langkah nak pi sarapan. Tak reti nak pilih ape,elok dok tengok makanan yang terhidang tetiba nampak ham. Kah. Hilang selera I. Terus amik buah je~

Habis jer sarapan, siap2 nak pergi Coex tempat conference berlangsung and lunch disana. Di Coex tu kami makan di Turkish Halal Restaurant. Lupa nak habaq, makan pon dapat sponsor tau. Alhamdulillah rezeki. 




Habis makan we all pon pergi ke surau utk solat then lepas solat terus masuk dewan conference tu. 
Surau di Coex~

Eh kejap! Conference ape pulak yg aku pergi ni kan. Aku attend Korea International Halal Confrence 2016. This conference adalah tujuan utama aku menjejak kaki di Korea ni secara tiba-tiba. Terasa kerdil kat situ . Seriously. Perbentangan dimulakan dengan Dr Sirajuddin. One thing  yg orang kena tahu, orang Korea ni sangat respect dengan JAKIM tau tapi malangnya orang Malaysia pulak yang memmperlekehkan JAKIM.  Conference habis pada hari pertama agak lewat sebab orang-orang Korea ni bagus, banyak soalan mereka tanya tentang Halal ni. Nampak tau perasaan ingin tau mereka.



Timbalan Menteri Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs of the Republic of Korea


Dari Coex kami bergerak terus untuk dinner di Soodam Korean Restaurant and having Korean Traditional Course Dinner. Time dinner we all sembang pasal culture negara Korea. Perkongsian dari Dr. Noh. 









Seusai dinner terus balik hotel dan tidur~ Penat baqhang walaupun tak berjalan ke mana pon..

                                                                                                                                    to be continue~




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS TRAVEL SOLO KE KOREA

Ramai yang request pada saya untuk tips travel solo ke Korea ni kan, jadi saya akan kongsi beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda melancong seorang diri ke Korea. 1. Dapat restu parents / penjaga Bagi saya, perkara ini penting untuk keberkatan perjalanan kita. Kita nak ke negara orang, pergi jauh dari family dan nak pergi seorang pula tu kan, jadi eloklah kiranya kita dapatkan keberkatan dulu. Andai kata parents hangpa larang, hangpa takpayah la nak gatai buat ketegaq nak pi jugak takut apa-apa jadi nanti menyesal tak sudah. 2. Belajar basic bahasa Korea Macam mana saya boleh berjalan seorang diri dengan yakin? Sebab saya cakap dekat hati, takpe atleast kalau saya sesat, saya boleh baca tulisan Korea and saya boleh bercakap bahasa Korea. Kalau korang ada basic bahasa ini, dah tak jadi masalah nak berjalan seorang. TAPI, siapa cakap tak reti cakap bahasa Korea tak boleh pergi Korea? Boleh boleh, tiada masalah sebab signboard ada jer tulisan English, and kaw...

KOREA BUKAN LAGI MIMPI : PART 3 (FINALE

Akhirnya, sampai ke penghujung ceritera perjalanan aku di Korea. Hari ini hari terakhirku. Hari terakhir ni more about survival~ JUMAAT 15 OKTOBER 2016 Bangun awal pagi and get ready nak pergi Incheon Airport  Kami bergerak ke airport menggunakan perkhidmatan yang disediakan pihak guesthouse dengan tambang yang lebih murah berbanding menggunakan teksi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam untuk kesana. Sampai di airport, kami terus menuju ke tempat untuk Prof check in dan kemudiannya saya bersalaman dengan Prof dan saya akan meneruskan perjalanan hari ini untuk bersiar-siar di Seoul.  Perjalanan saya bermula kembali dari airport dan kemudiannya ke Seoul Station. Di Seoul Station saya menggunakan  perkhidmatan meletakkan luggage dengan harga 3000W tetapi saya perlu mengambil beg tersebut sebelum Jam 7:50p.m . Tempat pertama yang saya akan pergi adalah SM Town di Coex yang terletak di Gangnam, walaupun lokasinya berhampiran sangat de...